Shinjiru.com.my | Building Trust Online

Kit Asas Covid-19 untuk Media

September 2, 2020 in Latest News, Press Releases by Diyana Rose

KUALA LUMPUR 2 September 2020 – Shinjiru Technology Sdn Bhd (Shinjiru) berusaha mengurangkan risiko penularan wabak koronavirus menerusi pengedaran Kit Asas Covid-19 kepada para petugas media.

Peneraju perkhidmatan web hosting sejak lebih 22 tahun lalu itu merasakan langkah pencegahan masih perlu dititik-berat terutama di kalangan petugas barisan hadapan seperti wartawan yang sering terdedah kepada bahaya risiko jangkitan.

Baru-baru ini, Shinjiru mengunjungi rakan-rakan media untuk menyampaikan tajaan Kit Asas Covid-19 yang mengandungi pelitup muka pakai buang, cecair pembersih tangan dan sabun kertas.

Pengarah Jualan Shinjiru, Wani Shaari berkata, petugas media sering terdedah kepada penyebaran wabak Covid-19. Tugas harian mereka melibatkan pergaulan dan interaksi bersama masyarakat umum di tempat-tempat sesak.

“Kami di Shinjiru berhasrat untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan ini dengan menyediakan sedikit keperluan asas seperti pelitup muka dan set pencuci yang boleh dibawa ke mana-mana,” katanya selepas menyampaikan Kit Asas Covid-19 kepada Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin di Shah Alam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi, Shaun Lim turut menegaskan bahawa usaha Shinjiru ditumpukan sepenuhnya kepada media yang berperanan penting dalam membawakan laporan terkini mengenai penularan kes Covid-19 kepada orang ramai.

“Kami berhasrat untuk bekerjasama dengan lebih banyak organisasi media dalam usaha mengingatkan orang ramai tentang risiko jangkitan yang masih wujud di kalangan masyarakat setempat,” ujarnya selepas menyampaikan kit asas tersebut kepada Timbalan Ketua Pengarang Oriental Daily News, Yung Chea Ling di Wisma Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Shinjiru mengalu-alukan cadangan usahasama dari pelbagai agensi media sama ada cetak mahupun elektronik. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bahagian Pemasaran Digital Shinjiru menerusi emel [email protected].

Telegram: ShinjiruHosting

Click here to chat with us in Telegram. Our Telegram chat is from 9am to 6pm, Monday - Friday.

Please leave a message after the working hours and we'll get back to you. For 247 tech support, please visit http://tiny.cc/ecx59y