Shinjiru.com.my | Building Trust Online

3 Sebab Website Perlu Untuk Perniagaan

December 23, 2020 in Shinjiru Tip Sharing by Anis Juainie

Laman web atau website adalah sumber rujukan utama bagi para pembeli dan ia menjadi semakin penting sejak kemunculan pandemik Covid-19 yang menyaksikan peningkatan kuasa pembeli online.

Sekiranya anda masih berkira-kira untuk membina website yang lengkap dengan kemudahan e-dagang untuk melariskan lagi produk atau servis syarikat anda, berikut adalah 3 sebab utama untuk membantu anda membuat keputusan.

#1 Menambah Keyakinan Pelanggan

Mendapat kepercayaan pelanggan bukan mudah. Pelbagai jenis penipuan boleh berlaku dalam urusan jual beli dalam talian yang membuatkan para pelanggan ragu-ragu untuk meneruskan pembelian.

Namun keraguan itu boleh diatasi apabila anda menonjolkan website yang sah dengan ciri-ciri keselamatan untuk melindungi data pelanggan. Website juga boleh menguatkan lagi keyakinan pelanggan apabila mereka mencari perniagaan anda menerusi akaun media sosial seperti Facebook dan Instagram.

#2 Menyalurkan Maklumat Komprehensif

Website adalah medium untuk menyampaikan maklumat berkenaan perniagaan anda dengan lebih lengkap dan menyeluruh. Apabila anda menggunakan media sosial, terdapat limitasi apabila anda ingin memberikan maklumat berkenaan produk atau servis yang anda tawarkan kepada pelanggan.

Menerusi website, anda boleh memuat naik profil syarikat, pautan ke laman sosial, katalog lengkap, gerbang pembayaran (payment gateway) dan banyak lagi!

#3 Penjenamaan dalam enjin carian

Tahukah anda, dengan adanya website secara tidak langsung anda telah menyenaraikan perniagaan anda dalan enjin carian seperti Google, Yahoo! dan sebagainya? Ia membantu anda menjenamakan perniagaan anda secara meluas di internet.

SEO (Search Engine Optimisation) adalah rahsia untuk membantu peningkatan trafik ke website anda. SEO berfungsi untuk mengoptimumkan sesebuah website untuk mendapat carian tertinggi. Semakin tinggi ranking anda dalam hasil carian, semakin tinggi potensi website anda menerima trafik.

Jadi, inilah masanya untuk anda meluaskan lagi pasaran perniagaan anda melalui dalam talian. Shinjiru menawarkan nama domain dan web hosting bagi website yang anda ingin bina. Berminat untuk tahu lebih lanjut tentang pakej-pakej yang kami tawarkan? Klik di sini -> https://www.shinjiru.com.my

Telegram: ShinjiruHosting

Click here to chat with us in Telegram. Our Telegram chat is from 9am to 6pm, Monday - Friday.

Please leave a message after the working hours and we'll get back to you. For 247 tech support, please visit http://tiny.cc/ecx59y