Shinjiru.com.my | Building Trust Online

4 Sebab Kenapa Semua SME di Malaysia Memerlukan Laman Web

June 11, 2021 in Latest News, Shinjiru Tip Sharing, Website Builder by Gabriella Gadung
4 Sebab Kenapa Semua SME Di Malaysia Memerlukan Laman Web

Pandemik Covid-19 telah menunjukkan bahawa keadaan ekonomi dunia tidak dapat diramalkan sama sekali. Lebih- lebih lagi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sering dilaksanakan sehingga menyebabkan aktiviti perniagaan terganggu. Walaubagaimanapun, keadaan ini telah membuktikan bahawa digitalisasi adalah amat penting dalam zaman teknologi yang semakin berkembang ini. 

Laman Web Dapat Mengukuhkan Penjenamaan Dan Kredibiliti Dalam Talian

Laman web dan nama domain khas anda dapat meningkatkan kredibiliti dan mengukuhkan identiti dalam talian syarikat perniagaan anda di Malaysia.

Walaupun banyak perniagaan memilih untuk menggunakan media sosial sebagai platform untuk membina kehadiran dalam talian, media sosial sahaja tidak mencukupi untuk mewujudkan identiti jenama yang kuat. Tambahan lagi apabila anda terikat dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh media sosial yang anda gunakan. 

Dengan laman web, anda dapat memperoleh kawalan sepenuhnya terhadap identiti jenama anda dan maklumat yang anda ingin sampaikan kepada orang ramai. Laman web juga dapat memberi peluang untuk mengatasi pesaing-pesaing anda dalam industri.

Kos Lebih Rendah Berbanding Kedai Fizikal

Ramai orang berpendapat bahawa kedai fizikal memakan kos yang lebih rendah berbanding laman web. Walaubagaimanapun, pendapat itu adalah tidak benar sama sekali. Sekiranya anda ingin perniagaan anda berjalan lancar dalam dunia sebenar, anda harus mempunyai modal, lokasi yang strategik, pekerja, aset dan banyak lagi. Perniagaan anda boleh terkesan sekiranya pendapatan anda tidak mencukupi untuk meneruskan operasi perniagaan seperti biasa. 

Laman web adalah lebih murah berbanding kos sewa kedai bulanan anda kerana anda hanya perlu membayar untuk laman web, hosting dan kos pengurusan untuk menjalankan perniagaan dalam talian di Malaysia. 

Di Shinjiru anda boleh membina laman web sendiri dengan pelan web builder U-BUILD atau membiarkan pereka laman web profesional Shinjiru untuk mereka bentuk laman web anda dengan pelan web design WE-BUILD . Kami menyediakan lebih daripada 354 templat reka bentuk yang menarik untuk membina laman web impian anda.

Urusan Perniagaan Terurus dan Sistematik

Terdapat banyak perniagaan yang menjual barangan mereka melalui media sosial seperti Instagram, WhatsApp dan Facebook. Bayangkan kesukaran yang dihadapi oleh pemilik perniagaan apabila mereka harus menjawab satu demi satu soalan yang ditanya oleh pelanggan secara peribadi. Dengan laman web, perniagaan anda akan menjadi lebih terurus dan sistematik kerana anda hanya perlu memuat naik produk dan maklumat produk yang mencukupi. Selepas itu, pelanggan boleh terus membelinya dengan cepat dan mudah.

Laman web juga membolehkan anda untuk menghasilkan pangkalan data mengenai pelanggan anda. Dengan pangkalan data tersebut, anda boleh mengenal pasti demografi pelanggan anda dengan lebih baik dan memasarkan produk anda dengan lebih strategik.

Kehadiran dalam talian 24/7

Laman web boleh memberi perniagaan anda kehadiran kekal dalam talian selama 24 jam setiap hari dan membolehkannya untuk berkembang tanpa mengira batasan geografi. Pelanggan akan lebih tertarik kepada perniagaan yang mempunyai kehadiran dalam talian 24/7 kerana mereka boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan pada bila- bila masa.

SME Digital Grant Malaysia

Adakah anda bersedia untuk mengambil langkah seterusnya ke arah digitalisasi? Kami menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk membantu pendigitalan perniagaan anda. Shinjiru telah dilantik sebagai salah satu Penyedia Perkhidmatan Teknologi (TSP) oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk membawa perniagaan dalam talian melalui SME Digital Grant. 

Kementerian Kewangan Malaysia menawarkan geran sebanyak 50% atau maksimum RM5,000.00 daripada jumlah invois sebagai inisiatif untuk memudahkan proses digitalisasi SME Malaysia. Untuk menyokong inisiatif ini, Shinjiru akan membantu SME untuk memohon geran tersebut dan memperoleh perkhidmatan digital untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing mereka. 

Sila klik di sini untuk maklumat lebih lanjut mengenai SME Digital Grant dan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Telegram: ShinjiruHosting

Click here to chat with us in Telegram. Our Telegram chat is from 9am to 6pm, Monday - Friday.

Please leave a message after the working hours and we'll get back to you. For 247 tech support, please visit http://tiny.cc/ecx59y